"Assalamualaikum, name ustazah, Izaaz. Baru 18, Tak pandai sangat khat khat ni, tapi setakat nak bagi tunjuk ajar tu boleh lahh :) "Hari kedua Izaaz pegang pangkat ustazah.
Uihhhhhhh,
Sekarang baru faham, baru boleh feel macam mana teacher Nini, Teacher Nadia, Ust fatah jadi cikgu ganti.
Ahha dengan budak budak nakalnyaa.
First day, ustazah ustazah lain dah bagi tips,
" Dengan diorang nih kena bekeng bekeng. Takleh lembut lembut, tak dengar kate. Ugut diorang dengan rotan macam ni"
Wahh bunyi ganas je kannn. Tapi sorry kak, Izaaz tak reti nak bekeng bekeng dengan diorang huhu T.T
Kesannya? Hah, Izaaz tengah mengajar, diorang boleh main passing passing letter dekat belakang tuu.
Kawan kawan dia kate diorang couple. Oi, darjah satu dah pandai couple couple ni?
"Ustazah, kenape name ustazah macam lelaki je?""Ustazah, muke ustazah macam muke Shae lahh"
Izaaz mampu ketawa je. Takkan nak marah kot. Biase lahh tu budak budak keluarkan soalan luar alam cenggitu, cakap main sedap mulut je. So overall, Izaaz ngajar budak darjah satu, darjah 4, darjah 5 & darjah 6. Yang paling senang ngajar, budak darjah 5 dengan darjah 6. Yelah sebab dah tue kan. Main pun, kalu kite suruh duduk buat kerja diorang ikut.
Yang masalahnyaa, budak darjah 4. Orang tengah mengajar nihh, dia main jalan jalan depan Izaaz. Then dia duduk bawah meja guru tuuu. Ketua kelas sampai kena tarik budak tu suruh keluar. Kesian pun ade dengan budak tu.
Baru dua hari ngajar, banyak yang Izaaz sendiri belajo. Rasa macam appreciate sangat cikgu cikgu ustazah ustazah, teacher sume. Izaaz dari kecik sampai besor, tak hilang perangai tidur dalam kelas ni. Kesian diorang penat layan kerenah Izaaz dulu T.T Sorry and yeahh, thank you so much!
#Semalam Aslam dah suruh Izaaz berhenti kerja. Rasa terancam kot duk satu tempat dengan kakak sendiri. Or maybe rasa terancam sebab I'll always be there, watching over him. Adik lelaki sorang nihh ><


No comments:
Post a Comment